Ungkapan Perbendaharaan kata Singgeris

  • Don't fly my kite/aeroplane – berakar dari slanga Kantonis 放飛機code: yue is deprecated /放飞机code: yue is deprecated (ungkapan setara dalam Mandarin: 放鸽子code: zh is deprecated , lit. "lepaskan merpati"). Di masa lalu, surat terkadang dihantar menggunakan merpati. Saat seseorang ingin bertemu (menggunakan cara tadi) namun gagal, dikatakan mereka berdua menjilat ludah sendiri (ingkar janji). Ungkapan jarang-jarang yang bermakna.
  • Don't play play! – "jangan main-main!"; ungkapan yang muncul kadang-kadang sahaja, diperkenalkan oleh siri wayang tempatan Phua Chu Kang Pte Ltd.
  • Got problem ah? – "kau ada masalah?"; biasanya hendak mencabar seseorang atau ungkapan mengkal saat seseorang merasa terganggu. Do you have a problem?
  • Having here – makan di kedai; lawan kepada makan di rumah (bungkus). Dipakai oleh pekerja restoran.
  • He still small boy one – teguran (biasanya kasar) kerana seseorang belum sampai umur yang ditetapkan akta. Boleh juga ungkapan ini digunakan bagi membela seseorang dengan alasan kerana dia masih belum mengerti atau masih kanak-kanak yang belum faham perbezaan.
  • Issit/Izzit? – bentuk lencongan dari "is it?" diguna pakai sebagai tanda tanya.
  • Last time policemen wear shorts! – balasan balik yang dicakap apabila seseorang merujuk pada keazaman yang dibuatnya pada masa lampau atau merujuk pada sesuatu yang sudah usang. Balas balik itu adalah reaksi warga sana ketika melihat seluar yang dipakai polis Singapura sampai tahun 1969.
  • Liddat oso can!? – (Bahasa Inggeris: Like that also can?) Iaitu balasan seseorang apabila mendapati pencapaian atau tindakan yang sepertinya sangat sulit diperbuat, atau mengejutkan. Biasanya diiringi dengan rasa ketidakpercayaan.
  • My England not powderful! – "bahasa Inggeris-ku tak elok"; ungkapan agak jarang, biasanya digunakan dalam melawak.
  • No fish prawn oso can – (dari peribahasa Hokkien 無魚蝦嘛好code: nan is deprecated /无鱼虾嘛好code: nan is deprecated bo hir hay mah hoh. lit. "tiada ikan, udang pun boleh") berlapang dada menerima pilihan kedua.
  • Not happy, talk outside! – ungkapan bagi seseorang yang ingin mencabar lawan cakapnya saling menumbuk satu lawan satu. Mereka berdua akab saling memukul di belakang jalan yang tidak kelihatan orang ramai.
  • On lah!/On!/Set! – "It's on!" sebuah ungkapan yang menunjukkan rasa persetujuan atau keinginan (seperti diajak makan bersama, perarakan, memyokong kelab bola sepak menyertai teman, dst.)
  • Relak lah! – ungkapan yang diguna bagi meminta seseorang agar santai.
  • ..then you know! – ungkapan yang digunakan pada akhir kalimat sebagai amaran kalau tak menghiraukan petua.
  • Why you so liddat ar? – "kenapa kau begitu?"; rayuan ketika seseorang bersikap luar kelaziman
  • You think, he think, who confirm? / You think, I thought, who confirm? – ungkapan ketenteraan yang digunakan saat perhimpunan. Lazimnya adalah tanggapan bagi "I thought..." or "I think..." saat terjadinya punca masalah.
  • You want 10 cent? – bermakna "buzz off!" pergilah. Merujuk kepada pondok telefon yang mengenakan bayaran 10 senti tiap panggilan di Singapura.
  • Your grandfather's place/road ah?, Your father own this place/road? – digunakan bagi seseorang yang berlagak tidak bertempat seolah-olah mereka yang menguasai tempat itu.
  • You play where one? – digunakan bagi mencabar seseorang bagi memberitahu keahlian samseng (biasanya digunakan kumpulan kongsi gelap bagi mengugut seseorang).